KUALA LUMPUR 2 Jun - Keghairahan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
berucap mengkritik UMNO di 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Stadium
Darul Aman semalam membawa padah.
Ia berlaku apabila Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu tersasul menyebut 'himpunan ini tanda kejatuhan Pas di semua peringkat'.
Beliau yang menyampaikan ceramah bertajuk 'Mentalkinkan UMNO'
sementara menunggu ketibaan penceramah, Azhar Idrus itu tidak
memperbetulkan kesilapan tersebut sehingga akhir ucapannya.
Kesilapan Mohamad Nizar itu turut disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini, selain dimuat turun oleh beberapa blog.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
semasa berkempen sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pilihan
raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok pada tahun 2007 lalu
pernah tersasul apabila meminta pengundi memberi memastikan kemenangan
calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil itu.
/hwa: utusan.com.my | 3/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan