KUALA TERENGGANU 2 Jun - Percanggahan pendapat yang sering berlaku di
kalangan pemimpin Pas termasuk berkenaan isu masuk syurga jika mengundi
parti itu pada pilihan raya membuktikan Pas sebuah ‘parti keliru’.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said
berkata, perbezaan pendapat yang ketara antara Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu
turut menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam termasuk penyokong
Pas sendiri.
Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, sudah
tiba masanya seluruh umat Islam menilai dengan bijaksana percanggahan
pendapat itu lebih-lebih lagi berkaitan peluang masuk syurga.
“Janganlah campurkan antara politik dengan agama sehingga bercanggah
dengan ajaran Islam. Abdul Hadi kata lain, Nik Abdul Aziz pula kata
lain.
“Mana boleh kalau undi Pas akan dapat masuk syurga," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri majlis jamuan rakyat di Kampung Tanjung di
sini hari ini.
Ahmad mengulas percanggahan pendapat antara Abdul Hadi dengan Nik
Abdul Aziz berhubung peluang masuk syurga sekiranya seseorang itu
menyokong dan mengundi Pas pada pilihan raya.
Semalam, Abdul Hadi mengakui Pas tidak boleh menjanjikan syurga
kepada mereka yang mengundi parti berkenaan pada pilihan raya malah
parti itu tidak boleh berbuat demikian kerana syurga hanya hak Allah
SWT.
/hwa: utusan.com.my | 3/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan