NAJIB Tun Razak memperkatakan sesuatu
kepada John McCain (kiri) and Joseph Liberman semasa dua senator dari
Amerika Syarikat itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri
di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA
*****
PUTRAJAYA 30 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat daripada Senator John
McCain dan Senator Joseph Lieberman di pejabatnya di Bangunan Perdana
Putra di sini.
Kedua-dua senator itu diiringi Duta Khas ke Amerika Syarikat (AS),
Datuk Seri Jamaludin Jarjis dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Datuk
Paul W. Jones.
Kemudian, McCain dari Arizona dan Lieberman dari Connecticut juga
melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman
di Wisma Putra di sini.
Kedua-dua mereka berada di Malaysia bagi lawatan mulai hari ini
hingga 1 Jun. Mereka dijemput oleh Majlis Perniagaan Malaysia untuk
menghadiri Persidangan Invest Malaysia 2012 yang dilancarkan Perdana
Menteri semalam. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan