PELBAGAI ragam anak muda dapat
dirakamkan pada majlis penutup Kempen Jalur Gemilang peringkat Negeri
Perak di Litar Datuk Sagor, Pasir Salak, semalam. - BERNAMA
PASIR SALAK 19 Julai - Seluruh rakyat di negara
ini diajak bersatu menentang anasir mahupun puak-puak yang cuba
menghina, mengherdik serta merendah-rendahkan Malaysia di luar negara.
*****
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,
perbuatan menghina serta memburukkan nama Malaysia itu seolah-olah
menunjukkan ketidaksetiaan kepada negara.
"Ada tokoh politik dari Malaysia memburukkan nama negara apabila
berada di luar negara. Soal peribadi dengan mana-mana pemimpin itu tetap
soal peribadi, tetapi jangan politikkan semua perkara yang ada di
Malaysia.
"Soal dasar, soal cabang, soal furu', jangan dibangkitkan. Soal
ketaatsetiaan kepada Malaysia, memang mereka menyatakan mahu taat tetapi
apabila memburukkan nama negara dan menghina negara kita di luar
negara, ertinya orang itu semacam tidak taat setia kepada negara,"
katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen
Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Perak, di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid menyertai 155 konvoi bermotor dari Beruas ke
Parit yang berakhir di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah, dekat sini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh turut
mengajak rakyat bersama-sama mengetepikan perbezaan ideologi politik
bagi mengibarkan Jalur Gemilang dalam tempoh dua bulan sehingga 16
September ini.
Beliau berkata, melalui pengibaran Jalur Gemilang itu, ia sekali gus memanifestasikan ketaatan kepada negara.
"Biarlah bendera parti pelbagai warna tetapi kalau benar kita taat
setia kepada negara, kita kibarkan Jalur Gemilang lebih daripada bendera
parti masing-masing," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 20/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan