23 Julai 2012

Ahmad Zahid tolak dakwaan UMNO ada hubungan dengan komunis

KUALA LUMPUR 22 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata, UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
"Apa buktinya? Dalam sejarah parti UMNO, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya Umno menjalinkan hubungan dengan pihak komunis. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 22/7/12 

Tiada ulasan: