MELAKA 2 Julai - Isteri Ketua Menteri Pulau
Pinang, Betty Chew Gek Cheng mengelak daripada mengulas isu seorang
wanita, Ng Phaik Kheng yang dikaitkan dengan suaminya, Lim Guan Eng.
Ketika ditanya oleh wartawan selepas sidang Dewan Undangan Negeri
(DUN) di sini hari ini beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kota Laksamana meminta mereka bertanya kepada ADUN Duyong, Datuk
Gan Tian Loo yang menimbulkan persoalan berkenaan.
''Itu saya tak tahu kes, kalau nak tahu eloklah suruh YB (Yang
Berhormat) yang gulung usul itu, bercakap dalam akhbar dan televisyen,"
ujarnya.
Perkara itu dibangkitkan oleh Tian Loo sewaktu menggulung perbahasan
usul membantah perhimpunan Bersih 3.0, yang diadakan pada 28 April lalu.
Tian Loo bertanya kepada Betty jika beliau mengenali Phaik Kheng
sambil menunjukkan foto Guan Eng yang di dahinya tertampal plaster.
Persidangan menjadi kecoh apabila Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) bangun mencabar Tian Loo mengulangi soalan tersebut di luar dewan.
Tian Loo berkata, penduduk di Kota Laksamana berminat mengetahui status Phaik Kheng.
''Dalam Internet dan blog ada tulis ADUN Kota Laksamana ada pukul, sepak dan macam-macam terhadap dia.
''Ini kena jawab. Dulu Phaik Kheng kerja di pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang tapi sekarang sudah ditukarkan ke pejabat Warisan Dunia
Pulau Pinang," katanya.
Soalan itu menimbulkan kemarahan Poay Tiong dan sekali lagi mencabar Tian Loo untuk mengulangi soalan tersebut di luar dewan.
Bagaimanapun, Tian Loo terus menyoal Betty dan bertanya sama ada ADUN Kota Laksamana itu mengenali Phaik Kheng.
Betty kemudiannya bangun menegaskan: ''Saya tak nak cakap di dewan
yang mulia ini, kalau dia nak, suruh dia ulang di luar, cakap di akhbar
saya pun boleh jawab tak payah cakap dalam dewan ini."
/hwa: utusan.com.my | 3/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan