BUKIT MERTAJAM 17 Julai - Entah atas kriteria apa yang ditetapkan
DAP, parti itu telah mencadangkan seorang lelaki yang didakwa pernah
menjadi bapa ayam untuk menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) sempena
ulang tahun sambutan kelahiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabtu
lalu.
Perkara tersebut kini menjadi bualan hangat dalam kalangan penduduk
di sini kerana tidak berpuas hati dengan penganugerahan pingat kebesaran
tersebut.
Menurut sumber, lelaki berkenaan yang berasal dari Alma yang memegang
jawatan tinggi di sebuah cawangan DAP itu juga pernah bekerja di sebuah
premis yang menjalankan kegiatan mesin slot judi atau mesin kuda pada
1980-an.
"Pada 1990-an, dia menyertai DAP dan bekerja sebagai bapa ayam dengan
menjaga pelacur (di sebuah hotel). Semua penduduk mengetahui mengenai
latar belakangnya.
"Dia kini bersama isteri bekerja di sebuah kelab rekreasi yang bukan
sahaja membolehkan ahli dan orang luar berjudi termasuk bermain
mahjung," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sabtu lalu, seramai 1,139 orang menerima darjah kebesaran, bintang
dan pingat kehormatan sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri
Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-74.
/hwa: utusan.com.my | 18/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan