BAU 2 Julai - Sektor pelancongan dijangka menyumbang RM168 bilion
kepada negara menjelang 2020 berdasarkan pembangunan produk baharu dan
promosi intensif.
Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawot Mamit berkata, pada masa kini sektor itu menyumbang RM83 bilion.
"Industri pelancongan merupakan sumber ekonomi yang kedua terbesar
negara ketika ini dan oleh sebab itu kita perlu meningkatkan usaha untuk
membangunkan industri ini," katanya ketika berucap pada majlis rumah
terbuka penutupan Pesta Gawai 2012 di sini malam tadi. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 2/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan