KUALA LUMPUR 1 Julai - Pendedahan Timbalan Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong berhubung skandal penyelewengan
RM1 bilion melibatkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor
adalah serius kerana ia melibatkan kepentingan awam.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin
Mohamed berkata, ia merupakan satu lagi ‘tamparan’ terhadap pentadbiran
PKR negeri itu selepas dibelenggu dakwaan perolehan peruntukan RM300
juta di bawah geran Selangorku Sayang daripada sumber meragukan.
‘‘Dakwaan berhubung geran itu pun masih tiada penjelasan yang
menyakinkan. Individu yang menjawab dakwaan itu pula adalah Setiausaha
Politik Menteri Besar, Faekah Husin.
‘‘Kalau begitu, lebih baik suruh sahaja Faekah menjadi Menteri Besar
Selangor,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Tee Yong yang mendedahkan mengenai skandal penyelewengan RM1 bilion oleh Kerajaan PKR Selangor.
Bagaimanapun beliau masih belum mendedahkan sepenuhnya dakwaan skandal berkenaan.
Melalui akaun Twitter miliknya, Tee Yong hanya mendakwa sedemikian:
‘‘Kerajaan pembangkang (Kerajaan PKR Selangor) mendakwa telus, mahu
melakukan yang terbaik untuk rakyat dan rakyat adalah ketua. Tetapi isu
RM1 bilion itu menunjukkan semuanya adalah cakap-cakap kosong.’’
/hwa: utusan.com.my | 2/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan