KUALA LUMPUR 21 Julai - Kerajaan digesa bertindak
segera terhadap dakwaan wujudnya anasir ekstremisme atau pengganas yang
cuba menyerap masuk ke dalam parti-parti politik di negara ini.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim
Ali berkata, langkah itu perlu memandangkan penglibatan golongan
berkenaan dalam politik mampu memberi kesen terhadap keselamatan negara.
"Tidak kira sama ada parti pembangkang mahupun parti kerajaan,
penglibatan puak-puak pelampau ini harus ditangani dan disekat segera
kerana ia mampu mendatangkan ancaman kepada negara dan amat berbahaya,"
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia
(PDRM) mengenai terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu
yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi ke dalam
parti pembangkang serta cuba menjadi calon pada pilihan raya umum akan
datang.
Ibrahim berkata, kerajaan juga perlu menjelaskan mengenai langkah dan
kaedah yang akan digunakan bagi menyekat kemasukan golongan berkenaan
ke dalam parti politik.
Katanya, ia berikutan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang
sememangnya penting untuk berhadapan dengan situasi ancaman puak
pelampau dan pengganas itu sudah dimansuhkan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi
Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, pihaknya tidak
terkejut dengan pendedahan berkenaan memandangkan pembangkang turut
menyokong aktiviti berbentuk keganasan dan agresif.
"Kita lihat sahaja dalam siri demonstrasi anjuran mereka seperti
Bersih 3.0., ia sangat mengejutkan kerana anggota keselamatan diserang
selain harta benda awam dirosakkan.
Selain itu, beliau menegaskan, sekiranya dakwaan berkenaan benar,
kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik supaya anasir tersebut dapat
disekat daripada menular ke dalam institusi-institusi pengajian tinggi.
/hwa: utusan.com.my | 22/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan