NAJIB Tun Razak memotong kek hari
lahirnya yang ke-59 sambil disaksikan oleh isterinya, Rosmah Mansor,
Muhyiddin Yassin (dua kanan), Dr. Mahathir Mohamad (kanan) dan Ashman
Najib (kiri) sempena majlis berbuka puasa serta pembayaran zakat
Kumpulan Felda di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. - BERNAMA
*****
PUTRAJAYA 23 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini menyerahkan pembayaran zakat Kumpulan Felda berjumlah RM30.6 juta
kepada 14 pusat zakat negeri.
Jumlah itu adalah untuk pembayaran zakat tahun 2011 oleh Felda Global
Ventures Holdings Bhd. (FGV) sebanyak RM10 juta (pembayaran zakat
interim bagi keuntungan separuh tahun kewangan), Felda Holdings Bhd.
(RM15.6 juta) dan Koperasi Permodalan Felda (RM5 juta).
Najib menyerahkan zakat itu kepada negeri-negeri yang diwakili
Menteri Besar, Ketua Menteri dan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri
Perdana, di sini.
Bayaran zakat kali kelapan itu adalah hasil daripada keuntungan operasi perniagaan Kumpulan Felda bagi tahun kewangan 2011.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor;
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri
Noorainee Abdul Rahman dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad.
Pada majlis itu Perdana Menteri turut memotong pulut kuning dan kek ulang tahun hari lahirnya yang ke-59.
Najib turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Rumah
Ilham (Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail), Rumah
Anak-Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa' dan Rumah Amal Cahaya Tengku
Ampuan Rahimah (RACTAR). — BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 24/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan