KUALA LUMPUR 17 Julai - Portal berita Free Malaysia Today (FMT) hari
ini memohon maaf kepada Lynas Corporation Limited kerana sebelum ini
menerbitkan artikel-artikel yang mendakwa bahawa kilang memproses
nadir bumi milik syarikat itu tidak selamat.
Mtoday News Sdn. Bhd. yang mengoperasikan FMT dalam satu kenyataan
ringkas di portal itu berkata, pihaknya memohon maaf atas semua
penerbitan mengenai Lynas memandangkan dakwaan-dakwaan yang diterbitkan
tiada asas saintifik.
“Kajian mengenai peraturan kilang memproses Lynas telah dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci," jelas kenyataan itu.
Permohonan maaf oleh portal berita itu dikeluarkan di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini. - UTUSAN.
/hwa: utusan.com.my | 17/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan