KUALA LUMPUR 30 Jun - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Datuk Saifuddin Nasution Ismail perlu menjawab beberapa isu berkaitan
para pemimpin pembangkang sebelum meminta penjelasan daripada Timbalan
Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari
berkata, Saifudin mesti menerangkan mengapa PKR masih belum mengeluarkan
kenyataan dan bukti bagi menyangkal dakwaan Ahli Dewan Negara, Datuk S.
Nallakaruppan bahawa Anwar dan isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin
mempunyai hubungan sulit.
Menurut beliau, PKR juga masih belum membuat keputusan sama ada
seorang biseksual layak menjadi Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.
"Kita juga ingin tahu mengapa Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah
Wan Ismail enggan mengadakan sidang akhbar bersama Shamsidar.
"Selain itu, sehingga hari ini, Saifuddin masih gagal memberi
penjelasan berkaitan surat sokongan beliau dalam skandal pasir di
Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini, Saifuddin meminta Awang Adek menjelaskan dakwaan
beliau mempunyai hubungan dengan pemilik syarikat yang menerima kontrak
mencetak 100 juta keping wang kertas RM2 semasa menjadi Penolong Gabenor
Bank Negara Malaysia (BNM).
Sehubungan itu, Anuar memberitahu, Saifuddin tidak layak
mempersoalkan Awang Adek dalam isu yang direka oleh PKR memandangkan
beliau sendiri gagal menjawab isu-isu membabitkan parti tersebut.
/hwa: utusan.com.my | 1/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan