BARISAN Nasional (BN) merupakan sebuah parti yang sudah matang dan
tidak pernah gentar walaupun ia kehilangan Kedah , Pulau Pinang mahupun
Selangor kepada pihak pembangkang.
Tahun 2008 memang tahun yang penuh kedukaan kepada BN, namun setelah
Perdana Menteri Malaysia ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan
pentadbiran negara ini kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kedukaan itu
semakin terubat malahan BN semakin kukuh di hati rakyat terutama anak
muda yang bakal mengundi pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13) nanti.
Sesungguhnya sokongan orang muda bakal menjadi penentu kemenangan BN
dan bakal menyaksikan jatuhnya parti politik berasaskan individu,
ekstremis agama dan kaum. Orang muda harus menolak parti sebegini yang
bukan sahaja merosakkan keamanan negara malahan meruntuhkan institusi
sosial dan ekonomi.
'Faktor Najib' dan nombor 11 yang menjadi nombor kegemaran beliau,
bakal menyaksikan perubahan yang amat besar pasca PRU-13 nanti. Lupakan
dahulu isu lompat-melompat dan isu AP oleh pihak pembangkang yang
merupakan sudut kecil dalam pentadbiran negara yang mega di mata dunia
antarabangsa. Malaysia lebih holistik daripada itu.
Masa depan Malaysia bukan di tangan Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk
Seri Anwar Ibrahim mahupun di tangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi
di tangan pemimpin BN yang berjuang untuk semua bangsa, agama dan setiap
individu sebagai Abang Long dalam parti komponen tertua di negara ini.
Mana-mana parti dan NGO yang melihat UMNO sebagai sudah lemah perlu
melihat ke depan bukannya masih terbuai dengan senario 2008 yang
merupakan masa lalu. Yang takkan berulang dan perlu dikenang lagi.
Jangan sesiapa secara biadap mengatakan UMNO sebagai tulang belakang
orang melayu dan Islam di negara ini bukan lagi dianggap abang besar dan
telah kehilangan banyak sokongan dari rakyat. Pokoknya BN selama ini
berjuang bukan untuk generasi masa kini semata-mata tetapi generasi 100
tahun akan datang.
Parti UMNO menjadi Kerajaan bukan setakat merekrut pemimpin untuk
menjadi pak turut dan 'Yes Man' kini zaman sudah berubah setiap suara
adalah undi dan setiap undi adalah berharga.
Namun apabila generasi tua lebih berminat memporak-peranda politik
sempit mereka kerana tamakkan kuasa dan marahkan nyamuk kelambu dibakar,
maka orang muda harus menilai, inikah pemimpin yang mereka ingin angkat
sebagai ketua mereka ke arah syurga mahupun masa depan yang
gilang-gemilang.
Momentum kebangkitan orang muda yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai
pewaris negara ini tidak boleh dipandang sepi. Cuma ada masanya golongan
ini diperalatkan semahunya dengan janji dan ganjaran yang menyebabkan
mereka melihat setiap apa yang kerajaan lakukan adalah propaganda
politik.
Apa yang pelik apabila pinjaman pelajaran diberi ada antara mereka
berkata itu memang kewajiban kerajaan, namun tidak pula pula golongan
muda yang taksub kepada pembangkang ini mengucapkan rasa syukur kepada
pemberian tersebut.
Malangnya sudah diberi pinjaman ada pula pembangkang yang sedap
bercakap seakan berada di pentas debat untuk memberi pendidikan tinggi
percuma kepada anak muda. Jika kita sibuk menyokong pemimpin yang sedap
bercakap alamat negara ini akan jadi seperti Greece dan Sepanyol. Pandai
main bola tetapi belum tentu pandai mengawal ekonomi.
Orang muda di negara ini sudah matang menilai sama ada dasar
1Malaysia bertujuan memecah-belah perpaduan atau menyebabkan perpecahan
dalam kalangan rakyat negara ini. Mereka perlu juga menilai bantuan duit
kerajaan adalah gula-gula politik. Jika kerajaan hendak memberi
gula-gula politik sudah pasti semua orang mendapat duit tersebut tetapi
ia hanya diberi pada yang susah sahaja.
Justeru orang muda perlu memilih BN sebagai parti yang mampu
menyambung legasi perjuangan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan
kestabilan negara dari kekacauan. Jika kita termakan janji pembangkang
memang semua boleh diberi namun apabila diberi peluang memerintah di
negeri Selangor sudah kelam-kabut dengan isu demi isu.
Masa depan negara di tangan pemimpin BN hari ini, terjamin dengan
organisasi pentadbiran yang mantap, maka tugas orang muda adalah
mengundi BN demi kesinambungan status quo sebagai rakyat yang bakal
mewarisi kemajuan yang ada.
/hwa: utusan.com.my | 4/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan