KUANTAN 4 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta
rakyat tidak menghina anggota keselamatan seperti Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan tonggak
kekuatan negara.
Sehingga kini ujar beliau, masih terdapat segelintir rakyat yang
tidak sedar pengorbanan anggota keselamatan itu dalam mempertahankan
kedaulatan tanah air tercinta.
"Tiada pengorbanan yang lebih besar daripada kesanggupan mereka mempertaruhkan jiwa dan nyawa demi kepentingan negara.
"Bagi rakyat jelata, ada yang tidak sedar betapa besar peranan pasukan keselamatan ini," katanya.
Beliau berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada 49 penerima
terdiri daripada balu, anak yatim dan pesakit kronik di dataran
pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sini malam ini.
Perdana Menteri berkata, disebabkan pengorbanan anggota keselamatan
itu juga rakyat di negara ini dapat menjalani kehidupan dengan aman dan
selesa tanpa peperangan.
"Atas sebab itulah kita tidak boleh hina anggota keselamatan kerana
mereka tonggak negara dan sebab merekalah negara kita bebas," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 5/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan