MELAKA 1 Ogos - Tindakan tegas memecat Datuk Seri
Lajim Ukin wajar diambil sebagai peringatan kepada ahli Barisan
Nasional (BN) terutama UMNO agar bersikap jujur dan setia terhadap
parti.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata,
pemecatan beliau sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan berkuatkuasa serta merta adalah satu keperluan.
''Saya ucap syabas kepada pucuk pimpinan yang mengambil tindakan
tegas terhadap Lajim kerana kita perlu ahli parti yang setia lebih-lebih
lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
''Pada masa ini kita memerlukan hanya ahli yang jujur terhadap parti
jika tidak jujur mereka harus dikenakan tindakan tegas," katanya.
Beliau kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani
perjanjian penyewaan bas antara Panorama Melaka dan RapidKL di bilik
mesyuarat Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah di sini hari
ini.
Mohd. Ali diminta mengulas pengumuman pejabat Perdana Menteri bahawa
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenan
membatalkan pelantikan Lajim sebagai timbalan menteri tersebut.
Menurutnya, keputusan Lajim meletak jawatan politik dalam UMNO dan BN
Sabtu lalu, tidak sama sekali menjejaskan BN dan khususnya kedudukan
UMNO di Sabah.
''Lebih baik beliau (Lajim) keluar BN lebih awal berbanding jika dia
letak jawatan semasa hari pilihan raya umum hendak diadakan," ujarnya.
Ujarnya, pengunduran bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu sama
sekali tidak menjejaskan peluang BN untuk mengekalkan penguasaan pada
pilihan raya nanti.
/hwa: utusan.com.my | 2/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan