2 September 2012

13,000 peserta semarak sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Perbarisan sempena ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara peringkat nasional di Dataran Merdeka hari ini meriah dengan penyertaan 13,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya generasi muda, yang melambangkan perpaduan negara yang kukuh dan sejahtera.
Bertemakan "1Malaysia Janji Ditepati", perhimpunan perbarisan bermula sebaik keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tepat pada pukul 8 pagi dengan disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Sebaik tiba, Yang di-Pertuan Agong menerima tabik hormat sebelum lagu "Negaraku" dimainkan oleh Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja. - BERNAMA
/hwa: utusan.com.my | 31/8/12

Tiada ulasan: