KUALA LUMPUR 30 Ogos - Pas Negeri Sembilan mengambil pendirian 
berkecuali berhubung polemik yang timbul ekoran gesaan bekas Timbalan 
Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa agar Pas mempertimbangkan semula 
kedudukannya dalam pakatan pembangkang.
Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, 
pihaknya menyerahkan kepada Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan 
terhadap isu tersebut pada mesyuarat yang akan diadakan pada 9 September
 ini.
''Kita berharap isu ini akan diselesaikan pada mesyuarat tersebut 
kerana ia telah lama berlarutan. Pas perlu lebih fokus kepada isu-isu 
lain yang lebih besar. 
''Pas Negeri Sembilan juga akan menyuarakan pandangan pada mesyuarat 
itu namun saya tidak boleh dedahkan sekarang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron 
Din yang menegaskan gesaan yang dibuat oleh Nasharudin itu adalah wajar 
dan bukan kesalahan.
Sebelum ini, sokongan terbuka terhadap Nasharudin pernah disuarakan 
oleh barisan kepimpinan ulama termasuk Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, 
Datuk Harun Taib; Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed; Ketua 
Dewan Ulama Pas Selangor, Muhamad Zin Abdul Rahman serta pemimpin akar 
umbi.
/hwa: utusan.com.my | 31/8/12  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan