PULAU PINANG 12 Okt. - Bukan Pas yang perlukan DAP tetapi DAP yang memerlukan Pas bagi mendapat undi orang Melayu.
Demikian tegas Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon
Ahmad (gambar) ketika mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat
yang menyatakan parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk
mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Jelas Shahnon, perjuangan politik Pas perlu kembali kepada landasan
utama iaitu menegakkan sebuah negara Islam serta melaksanakan hukum
hudud di negara ini.
Oleh itu, jika DAP mahu bekerjasama dengan Pas, mereka harus
menerima perjuangan Pas untuk membentuk sebuah negara Islam dan Islam
jugalah penentu segala keputusan.
Pada masa sama kepimpinan Pas harus kembali kepada golongan ulama
dan menolak kumpulan yang menggalakkan sekularisme di dalam parti itu,"
katanya yang juga ahli Pas seumur hidup ketika ditemui Utusan Malaysia
di rumahnya di Gelugor, di sini hari ini.
Semalam Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas hanya
akan memenangi pilihan raya jika meneruskan kerjasama itu kerana
memerlukan sokongan daripada pengundi bukan Melayu.
Shahnon menambah, jika Pas boleh bekerjasama dengan DAP, maka tidak
mustahil satu permuafakatan juga boleh diadakan dengan UMNO bagi mencari
titik persamaan antara kedua-dua parti untuk orang Melayu Islam itu.
Jadi kena selalu adakan mesyuarat dan pertemuan antara kedua-dua
parti agar titik persamaan untuk membentuk negara Islam yang dihasratkan
itu menjadi kenyataan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan