KUALA LUMPUR 19 Nov. - DAP dianggap
menghina dan mengaibkan kepimpinan Pas apabila parti itu menegaskan Penasihat
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi
Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum
Ke-13.
Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah
Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, pendirian DAP seperti yang dinyatakan
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng itu jelas mengetepikan cadangan akar umbi Pas
yang mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri.
Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda
Keadilan (AMK) Kedah memberitahu, DAP seolah-olah berpendirian pemimpin Pas
tidak mempunyai kaliber menerajui pemerintahan negara.
Pendirian DAP itu satu perkara yang
melucukan kerana Pas masih menganggap DAP lebih suci daripada parti-parti Islam
yang lain walaupun DAP terang-terangan memperlekeh kewibawaan pemimpin
Pas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Guan Eng hari ini mengulangi pendirian DAP
bahawa seperti yang telah dipersetujui pakatan pembangkang, Anwar merupakan
calon Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan.
Menurut Guan Eng, setakat ini, keputusan
itu tidak berubah dan isu siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri tidak perlu
dibangkitkan lagi.
Dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di
Kota Bharu, Kelantan kelmarin, Dewan Ulama Pas Pusat menerusi wakilnya, Hairun
Nizam menggesa Abdul Hadi diangkat sebagai Perdana Menteri dan gesaan itu
diulangi semalam oleh Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mahfodz
Mohamed dan wakil Dewan Muslimat Pas Pusat, Aiman Atirah Al-Jundi.
Zamil menambah, DAP mungkin mempunyai
sebab-sebab tertentu sehingga menganggap Anwar lebih layak menjadi Perdana
Menteri, bukannya Abdul Hadi.
Mungkin juga Pengerusi DAP, Karpal Singh
mahu Anwar menjadi Perdana Menteri kerana semua tahu beliau ada bukti kukuh
tentang kegiatan liwat Anwar seperti yang pernah disebut Karpal pada Oktober
1997 di Parlimen dan di Hotel Federal, Kuala Lumpur," katanya.
Jelas beliau, persoalan utama yang perlu
dijawab ahli Pas ialah siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri kerana Abdul
Hadi dipilih sebagai Presiden Pas melalui proses pemilihan manakala jawatan
Anwar dalam PKR adalah atas lantikan Presiden PKR yang juga isterinya, Datin
Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Sehubungan itu, kata Zamil, kedudukan
Abdul Hadi adalah lebih mulia daripada Anwar kerana dipilih ahli Pas menerusi
proses demokrasi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121120/po_09/DAP-hina-aibkan-pemimpin-Pas#ixzz2DT9Ea7cO
© Utusan Melayu (M) Bhd | hwa, 28/11/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan