BUKTI kerakusan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air di Pedu yang hanya kurang 200 meter dari gigi air Tasik Pedu.
*****
Mukadimah
MASALAH pembalakan secara berleluasa tanpa
kawalan termasuk di kawasan yang digazetkan sebagai tadahan air serta
hutan simpan di Kedah bukan sahaja tidak mendapat perhatian daripada
pihak berwajib di negeri itu, sebaliknya lampu hijau terus diberi bagi "menghalalkan" aktiviti tersebut.
Kesannya sudah mula kelihatan selepas kegiatan penebangan hutan
dipertingkatkan sejak 2010. Beberapa daerah di negeri Kedah yang sebelum
ini tidak pernah dilanda banjir lumpur menjadi mangsa apabila dilanda
bencana alam itu yang disifat terburuk dalam tempoh 50 tahun.
Sepanjang beberapa minggu lalu Utusan Malaysia telah melakukan pemerhatian dan siasatan terperinci termasuk menjalankan ujian klinikal ke atas kualiti air di sungai-sungai yang menerima kesan langsung daripada aktiviti pembalakan khususnya di Gunung Inas, Pedu dan Jeniang.
Hasilnya memeranjatkan. Sungai-sungai yang berdekatan dengan kawasan pembalakan tercemar teruk dengan air berselut dalam kadar kelikatan tinggi sehingga meninggal kesan selut kepada sesiapa sahaja yang bersentuhan secara langsung dengan air sungai itu.
Keadaan tersebut mengundang kepada situasi tidak selamat kepada rakyat Kedah bukan sahaja dalam konteks air sungai sebagai sumber minuman tetapi lebih menakutkan negeri yang terkenal dengan jolokan jelapang padi itu kini berdepan ancaman bencana alam.
Wartawan MOHD. ASRON MUSTAPHA dan jurugambar HALIM KHALID menghasilkan beberapa siri laporan khas penyiasatan pertama seumpamanya meliputi ujian makmal, laporan penyelidikan oleh pihak berkuasa, tinjauan lapangan, keluhan penduduk dan reaksi pakar.
Ikuti Siri 1 laporan khas tersebut.
ALOR SETAR 17 Dis. - Pada 14 April lalu, empat buah kampung iaitu
Kilang Kechil, Lanjut Binjal, Lorong Haji Daud, dan Air Putih yang
terletak di Pendang, dilanda banjir lumpur terburuk dalam tempoh 50
tahun.Sepanjang beberapa minggu lalu Utusan Malaysia telah melakukan pemerhatian dan siasatan terperinci termasuk menjalankan ujian klinikal ke atas kualiti air di sungai-sungai yang menerima kesan langsung daripada aktiviti pembalakan khususnya di Gunung Inas, Pedu dan Jeniang.
Hasilnya memeranjatkan. Sungai-sungai yang berdekatan dengan kawasan pembalakan tercemar teruk dengan air berselut dalam kadar kelikatan tinggi sehingga meninggal kesan selut kepada sesiapa sahaja yang bersentuhan secara langsung dengan air sungai itu.
Keadaan tersebut mengundang kepada situasi tidak selamat kepada rakyat Kedah bukan sahaja dalam konteks air sungai sebagai sumber minuman tetapi lebih menakutkan negeri yang terkenal dengan jolokan jelapang padi itu kini berdepan ancaman bencana alam.
Wartawan MOHD. ASRON MUSTAPHA dan jurugambar HALIM KHALID menghasilkan beberapa siri laporan khas penyiasatan pertama seumpamanya meliputi ujian makmal, laporan penyelidikan oleh pihak berkuasa, tinjauan lapangan, keluhan penduduk dan reaksi pakar.
Ikuti Siri 1 laporan khas tersebut.
Banjir yang dikaitkan dengan kerakusan aktiviti pembalakan itu membawa lumpur setebal 0.2 meter dan memusnahkan banyak rumah penduduk sehingga menimbulkan trauma di kalangan mangsa.
Ia merupakan kejadian banjir lumpur ketiga berturut-turut sejak 2010. Kemudian, tidak lama selepas itu, penduduk Kampung Landai Melaka di Sik, pula menjadi mangsa akibat aktiviti pembalakan tanpa kawalan.
Jambatan konkrit Kampung Landai Melaka yang baru siap dibina 28 hari untuk memudahkan penduduk membawa keluar hasil getah roboh dilanda air lumpur deras dan sisa balak selepas hujan lebat.
Bertitik-tolak daripada kejadian tersebut, wartawan Utusan Malaysia menjalankan penyiasatan bagi mencari jawapan kepada persoalan benarkah banjir lumpur itu mempunyai kaitan dengan pembalakan.
Bagi tujuan itu, wartawan akhbar ini meninjau sendiri menerusi darat dan udara bagaimana kawasan yang sebelum ini diwarta hutan simpan di Gunung Inas, Pedu, Jeniang, Bukit Perak, Gunung Bongsu dan Rimba Teloi digondolkan.
Kononnya atas alasan projek Ladang Rakyat dan mahu meningkatkan hasil balak, hutan dengan keluasan lebih 1,300 hektar di kawasan itu telah ditebang serakus-rakusnya, termasuk pokok sebesar betis orang dewasa.
Tinjuan serupa juga dibuat di Bukit Kachi, Mukim Temin, Bukit Kayu Hitam. Kawasan tadahan air tersebut yang pada mulanya digondol untuk projek Ladang Rakyat bertukar kepada aktiviti perlombongan dan korek pasir.
Selain itu, di samping tinjauan, wartawan akhbar ini menemubual penduduk kampung dan pihak berkuasa berkaitan serta turut mendapatkan maklumat kritikal daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah.
Tidak cukup dengan itu Utusan Malaysia mengambil masing-masing tiga sampel bagi setiap sungai utama di Kedah yang menerima kesan langsung daripada aktiviti tebus guna tanah untuk dikaji secara saintifik.
Sampel itu kemudian dihantar untuk diuji kaji di sebuah makmal bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor bagi mengetahui sejauh mana kaitan peneroka hutan dengan ancaman bencana alam.
Hasil kajian sungguh mengejutkan kerana Sungai Badak umpamanya, kadar kekeruhan Sungai menjangkau sehingga 18,600 Nephelometric Turbidity Unit (NTU). Sepatutnya kadar kekeruhan bagi kawasan tadahan adalah bawah 50 NTU.
Kadar kekeruhan Sungai Pelandok, Sungai Sintok dan Sungai Lata Chelak pula masing-masing 16, 460 NTU, 16, 380 NTU dan 8,000 NTU jauh melebihi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu bawah 1,000 NTU.
Keputusan ujian makmal itu konsisten dengan kajian pihak berkuasa serta universiti tempatan dan rumusan yang dibuat, Kedah bakal berdepan ancaman bencana alam khususnya banjir lumpur dalam skala yang besar.
Ini kerana aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air yang dibuat secara menggila terutama di Gunung Inas dan Pedu itu dijalankan tanpa kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) daripada JAS.
Ia bererti, pembalakan di kawasan tanah tinggi khususnya di Pedu dengan jarak hanya kurang 200 meter dari gigi air Tasik Pedu dibuat tanpa Pelan Kawalan Hakisan dan Mendapan sehingga mampu mengundang bencana.
Malah, kebimbangan tersebut sudah mula dirasai apabila daerah Pendang dan Sik telah dilanda banjir lumpur, manakala paras air di Empangan Pedu dan Muda mencatatkan peningkatan mendadak setiap kali hujan.
Lebih mendatangkan kerisauan, selain menjejaskan kualiti air di Empangan Pedu dan Muda sisa lumpur dan balak juga dikesan mengalir deras ke dalam Sungai Chorak Jek sebelum memasuki Sungai Muda.
Hal sama turut berlaku di Sungai Lata Celak, Gunung Inas serta Sungai Badak, Sungai Pelandok dan Sungai Sintok di Bukit Kachi apabila setiap hari air berlumpur membawa sisa tanah, balak dan sisa lombong mengalir ke sungai utama.
Akibatnya Sungai Muda serta sungai Pedu kini cetek disebabkan mendapan dan jika berlaku hujan lebat khususnya di musim tengkujuh, Kedah yang kebanyakan kawasan jelapang akan ditenggelami banjir lumpur besar.
Jika itu berlaku, kemusnahan nyawa serta harta benda rakyat yang tidak berdosa bakal menjadi taruhan kerana amaran awal sudah pun berlaku di Pendang dan Sik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan