PULAU PINANG 17 Dis. - DAP menyalahkan laporan beberapa media arus perdana terutamanya
Utusan Malaysia berhubung liputan sepanjang kongres kebangsaan parti itu yang berakhir semalam.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendakwa laporan muka depan akhbar
berkenaan selama dua hari berturut-turut mengenai 'Keluhan pemimpin
Melayu DAP' dan 'Calon Melayu tersingkir' boleh menimbulkan kebencian
rakyat kepada parti itu.
Sambil memegang akhbar
Utusan Malaysia, Ketua Menteri Pulau
Pinang itu mendakwa laporan yang disiarkan bersifat berat sebelah, tidak
adil dan berunsur fitnah kerana menggambarkan DAP sebagai anti Melayu.
"Kenapa berita itu yang disiarkan sedangkan banyak perkara lain
seperti penggunaan bahasa Melayu oleh perwakilan semasa kongres
berlangsung tidak dilaporkan.
"DAP juga ada melantik dua wakil Melayu menganggotai Jawantankuasa
Kerja Pusat (CEC) tetapi perkara itu tidak diberi perhatian," katanya
pada sidang akhbar di Wisma DAP di sini hari ini.
Yang turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta beberapa pemimpin tertinggi parti itu.
Selain
Utusan Malaysia, Guan Eng juga mengambil peluang sidang
akhbar itu menghentam Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan New
Straits Times berhubung laporan sepanjang kongres berkenaan yang
menyaksikan perwakilan menolak calon Melayu dalam pengundian CEC.
Pada Sabtu lalu, keputusan pemilihan CEC menyaksikan kesemua lapan pemimpin Melayu parti itu kecundang.
Berikutan keputusan berkenaan, Guan Eng semalam membuat keputusan
melantik wakil Melayu iaitu Senator Ariffin S.M Omar dan Zairil Khir
Johari.
Malahan berikutan keputusan pemilihan itu pemimpin-pemimpin Melayu
DAP sendiri mempertikaikan sikap ahli-ahli parti berkenaan yang dilihat
gagal menghayati hasrat DAP untuk menjadi sebuah parti berbilang kaum.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121218/po_10/Media-disalahkan#ixzz2FSYcfEge
© Utusan Melayu (M) Bhd
Media disalahkan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan