SANDAKAN 16 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak
mempersoalkan keupayaan pembangkang kononnya untuk menerajui negara ini,
sedangkan banyak perkara asas yang penting masih belum gagal disepakati
oleh mereka dan diperjelaskan kepada rakyat.
Sambil memberi beberapa contoh mudah, Perdana Menteri berkata,
antaranya ialah seperti isu ideologi, barisan kepemimpinan, hala tuju,
malah simbol kumpulan yang akan diguna pakai juga masih gagal
disepakati.
"Perkara senang sebegitu masih gagal diselesaikan, bagaimana hendak
mentadbir sebuah negara yang memerlukan komitmen tinggi dan kesepakatan
jitu.
"Nama kumpulan parti pembangkang yang mudah itu pun masih tidak
didaftarkan, bagaimana pula hendak menyelesaikan pelbagai perkara asas
lain yang belum dipersetujui bersama, termasuk gagal mengemukakan jadual
Kabinet yang dimahukan.
"Itu belum lagi bab memilih individu untuk menjadi Perdana Menteri,
sama ada memilih Anwar Ibrahim atau Abdul Hadi Awang," katanya ketika
berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Liberal Demokratik (LDP)
Ke-23, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Presiden
LDP, Datuk Liew Vui Keong; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Tegas Najib, kegagalan pembangkang menyelesaikan isu asas dan dasar
yang ingin dilaksanakan jelas menimbulkan persoalan dalam kalangan
masyarakat untuk mempercayai mereka bagi mentadbir negara.
Katanya, perkara tersebut menimbulkan keraguan besar kepada rakyat
yang berfikiran waras untuk memilih parti pembangkang yang tidak
mempunyai kesepakatan.
"Rakyat perlu melihat keupayaan Barisan Nasional yang mempunyai
gabungan pelbagai parti tetapi masih boleh mentadbir dengan baik kerana
kesepakatan yang berjaya diamalkan di dalam parti dan mengamalkan cara
hidup sebagai sebuah keluarga besar harmoni," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121217/po_05/Pembangkang-gagal-sepakat#ixzz2FMk6o0oR
© Utusan Melayu (M) Bhd | hwa, 18/12/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan