SANDAKAN 16 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu
rakyat mengamalkan kesederhanaan dan pada masa yang sama berpegang
kepada kepercayaan masing-masing.
Beliau berkata, perbezaan kaum dan agama bukan merupakan sebab
masyarakat berpecah-belah tetapi berpunca daripada kalangan mereka yang
terlalu taksub dengan amalan mereka.
"Walaupun kita mempunyai perbezaan dalam pegangan agama kita, agama
kita berkongsi nilai-nilai baik yang membolehkan kita hidup bersama
sebagai rakyat Malaysia.
"Saya percaya jika anda seorang Islam yang baik, anda akan disukai
oleh orang bukan Islam. Begitu juga dengan penganut agama Kristian. Jika
anda penganut Kristian yang baik, anda juga akan disukai oleh bukan
penganut Kristian," katanya pada majlis makan tengah hari dengan
Jawatankuasa Gereja-Inter Sandakan di sini hari ini. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan