Ali Mustafa Yaqub
*****
JAKARTA 28 Nov. - Orang Islam yang mengatakan orang Islam bebas
memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid
Istiqlal di sini, Prof. Dr. Ali Mustafa Yaqub.
Beliau menasihatkan individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut supaya memohon keampunan daripada Allah SWT dengan segera.
Orang Islam yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia
sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat,
songsang.
Apa lagi kalau kata semua agama sama, siapa yang mahu masuk dan
keluar Islam dipersilakan, boleh jadi kafir, katanya ketika ditemui di
sini.
Dr. Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis adalah
imam besar di masjid Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.
Mengulas sepotong ayat al-Quran yang membawa maksud tiada paksaan
dalam agama, Dr. Ali Mustafa menjelaskan, ia hanya ditujukan kepada
orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa memeluk Islam tetapi
setelah memilih memeluk agama tersebut, mereka wajib mematuhi peraturan
ditetapkan dalam agama syumul itu.
Analoginya begini, ada orang mahu masuk rumah, mahu masuk
dipersilakan, tak masuk pun dipersilakan, saya tak memaksa anda untuk
masuk ke dalam rumah saya, tetapi kalau anda masuk ke rumah saya, anda
mesti mengikuti aturan-aturan di rumah saya, seperti itu," katanya.
Beliau berkata, orang yang berfahaman liberal mungkin sukar untuk
menerima kenyataan itu kerana usaha tersebut dikaitkan dengan kebebasan
hak asasi manusia.
Jawapan kepada persoalan itu ialah Islam tak menyuruh kamu untuk
masuk Islam. Kamu mahu pilih menjadi kafir dipersilakan, itukan hak
asasi kamu, tapi kalau sudah masuk (Islam), ikutilah aturan-aturan
Islam.
Kalau dah masuk Islam tapi masih mengikuti aturan yang bukan Islam, itukan kacau semuanya nanti," katanya.
Dr. Ali Mustafa berkata, meskipun umat Islam di Malaysia tidak
seramai seperti di Indonesia yang pada masa ini merupakan masyarakat
Islam terbesar di dunia, tetapi mereka tetap dengan keIslamannya
terutama orang Melayu.
Dalam perkembangan sama, beliau turut menasihatkan mana-mana individu
agar memahami terlebih dahulu petikan ayat-ayat al-Quran sebelum
membincangkannya dalam konteks masyarakat majmuk seperti di Malaysia. -
Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan