KUALA LUMPUR 30 Nov. - UMNO dicadang mewujudkan satu institut untuk
memperkasa generasi muda dari segi kepimpinan bagi melahirkan lebih
ramai pelapis berwibawa untuk masa depan.
Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Ariff Yasir Zulkaflli berkata, melalui
kaedah ini UMNO boleh mengenal pasti bakat-bakat dan kebolehan generasi
muda untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi.
"Ramai yang tidak menyedari bahawa di Amerika Syarikat, mereka
mempunyai White House Intership bagi melatih generasi muda mereka. Ia
patut dicontohi oleh UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar
Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) di sini hari ini.
Ariff Yasir yang juga Pengerusi Kelab UMNO Tokyo berkata, cadangan
tersebut merupakan salah satu daripada 11 resolusi yang diputuskan pada
Konvensyen Mahasiswa Nasional baru-baru ini. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan