KUALA LUMPUR 29 Nov. - Datuk Seri Najib Razak bertegas bahawa UMNO
tidak akan sekali-kali mencaci dan menista saudara seagama sepertimana
yang dilakukan pembangkang, sebaliknya akan terus mempertahankan
perpaduan umat.
Menurut Presiden UMNO, parti itu juga akan terus mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam di negara ini.
Justeru, kata Najib, UMNO menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendokong fahaman pluralisme dan liberalisme.
"Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa UMNO komited
untuk terus mempertinggikan Islam berteras maqasid syariah, demi
memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan," kata
Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada
Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di
sini hari ini. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan