KUALA LUMPUR 29 NOV. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan ucapan
dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjawab segala
tohmahan yang dilemparkan pakatan pembangkang terhadap parti itu selama
ini.
Bekas Presiden UMNO itu berkata, ucapan dasar yang disampaikan oleh
Najib turut memperlihatkan semangat parti itu yang semakin kuat
khususnya dalam menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.
"Saya fikir ucapan itu adalah bernas, baik dan meliputi semua
perkara. Ucapan itu juga turut menjawab segala tohmahan yang dibuat
parti lawan selama ini.
"Malah, saya lihat semangat UMNO hari ini begitu kuat sekali. Malah,
saya nampak UMNO boleh bahkan lebih kuat dalam perhimpunan ini
daripada biasa," katanya.
Mahathir berkata demikian sebagai mengulas ucapan dasar Najib selaku
Presiden UMNO sempena perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan