Najib melawat khemah belia dari Kolej
Antarabangsa Inovatif yang menjalankan aktiviti ‘Azam Simpan’ ketika
melawat gerai pameran sempena ‘Youth Defined 2: Youth Action Forum 2013’
di PWTC, semalam.
*****
Datuk Seri Najib Razak, berkata penting untuk mereka mempunyai hasrat berkenaan dalam hidup, malah beliau sering menyampaikan perkara itu kepada semua kumpulan belia.
Simpanan besar
“Inilah golongan belia yang kita ingin bangunkan untuk negara kerana jika anda mempunyai kemahuan sedemikian, kita ada simpanan besar golongan muda yang dapat membawa kelainan kepada Malaysia,” katanya dalam ucap tama pada majlis minum petang ‘Youth Defined 2: Youth Action Forum 2013’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Seramai 500 belia menghadiri majlis eksklusif itu. Yang turut hadir, Pengerusi myHarapan, Ashran Ghazi. Terdahulu, Perdana Menteri turut mengadakan sesi mentor eksklusif dengan 20 belia terpilih yang hadir.
Forum sehari itu dianjurkan myHarapan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) membabitkan pelajar universiti yang mengetengahkan 10 projek mereka berkaitan isu sosial utama seperti pencegahan jenayah, pengangguran, obesiti dan pengangkutan awam.
Najib berkata, forum itu manifestasi hasrat kerajaan memperkasakan pembabitan generasi muda yang diberi peluang mengetengahkan idea baru dan bernas, sekali gus bersama membentuk masa depan negara.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak berganding bahu menyokong percambahan idea dan inovasi, termasuk mengajak pihak swasta bersamanya mempercayai kuasa golongan belia.
Aset negara
“Belia hari ini adalah aset negara yang berharga. Untuk menerokai sepenuhnya sumber ini, belia perlu diberi kepentingan bermakna dalam masyarakat. Bimbing dan mentor belia untuk mereka meletakkan asas kepada apa yang negara ini akan jadi pada masa depan.
“Berikanlah sokongan kerana mereka akan mewarisi dan akhirnya menguruskan Malaysia yang anda sudah bantu membina. Percayalah mereka kerana kita sudah menyediakan permulaan, infrastruktur dan sistem pendidikan kepada mereka untuk menjadi rakyat berdaya saing di dunia yang akan membawa Malaysia mencapai kejayaan lebih tinggi,” katanya.
Najib turut menggalakkan belia untuk terus bekerjasama dengan organisasi seperti myHarapan untuk memenuhi impian dan minat mereka, sekali gus tidak membiarkannya hilang begitu saja dalam kehidupan yang penuh persaingan.
/hwa: bharian.com.my | 29/1/13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan