DR. Mahathir Mohamad bersalaman
dengan orang ramai dalam majlis Himpunan Rakyat Bersama Negarawan di
Kuala Nerang, Padang Terap, semalam. - utusan/Safrizal Azmi
*****
Bekas Perdana Menteri itu berkata, pemimpin pakatan bertelagah kerana Pas hendak melaksanakan hudud tetapi dibantah oleh sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Satu pihak kata hudud dan satu pihak lagi membantah, mereka juga bertanding sesama sendiri iaitu PKR lawan Pas dalam pilihan raya.
Jadi kalau tiada kerjasama, macam mana mahu dirikan kerajaan sekutu, tak boleh tiru Barisan Nasional (BN) kerana mereka tiada semangat kerjasama," katanya kepada pemberita pada Himpunan Rakyat Bersama Negarawan di sini hari ini.
Yang turut hadir, calon BN kerusi Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid; calon BN DUN Kuala Nerang, Badrul Hisham Hashim dan calon BN Pedu, Kama Noriah Ibrahim.
Dr. Mahathir berkata, ketiga-tiga parti dalam pakatan itu hanya menipu sesama sendiri untuk mendapatkan undi.
Katanya, Pas menipu kaum Cina dan penyokong DAP manakala DAP pula menipu orang Melayu dan ahli Pas untuk mendapatkan kemenangan.
Lim Kit Siang tak setuju dengan hudud Pas tetapi dia tak buka mulut, yang buka mulut Karpal Singh, pemimpin yang menipu tidak boleh menjadi kerajaan," katanya.
Beliau berkata, Pas juga menipu orang Islam apabila mendakwa mahu melaksanakan hudud kerana Pas hanya bertanding kira-kira 70 kerusi Parlimen.
Menurutnya, parti itu tidak boleh meminda Perlembagaan untuk melaksanakan hudud Pas kerana tiada dua pertiga kerusi dalam Parlimen.
Pas terpaksa mengemis kepada PKR dan DAP sedangkan kedua-dua parti ini pasti tidak akan sokong hudud Pas," jelasnya.
Beliau berkata, Pas bukan pejuang Islam kerana melakukan pelbagai perkara bercanggah dengan ajaran Islam termasuk dalam isu kalimah Allah dan mengkafirkan ahli UMNO.
Mengenai insiden bom di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Dr. Mahathir berkata, tindakan itu bukan budaya politik orang Malaysia tetapi dilakukan oleh orang yang mempelajari perbuatan tersebut dari negara kuku besi di luar negara.
Di Malaysia, kita ada pilihan raya setiap lima tahun malah ada parti lawan yang menang pun.
Tetapi ada yang mahu guna kekerasan sebab belajar dari luar. Dulu C.N Al-Afghani pergi Afghanistan dan apabila balik dia mahu bunuh saya sebab percaya saya kafir tetapi dia sudah insaf dan mohon maaf, jadi saya maafkan dia," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan