Jamal Md. Yunos
*****
Lebih menyedihkan, bukan sahaja projek Kerajaan Persekutuan dihalang, turut ditimpa nasib sama adalah projek-projek milik persendirian yang diyakini mampu untuk meningkatkan taraf ekonomi di sesebuah tempat.
Misalnya di Sekinchan, terdapat projek milik persendirian dihalang dan dinafikan hak untuk melaksanakan projek pembangunan yang boleh memajukan industri pelancongan negeri.
Malah lebih teruk lagi, perbuatan tidak bertanggungjawab itu menutup peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Ahli Perniagaan, Datuk Jamal Md. Yunos memberitahu, projek pembinaan Sekin Fisherman Village Hotel & Resort miliknya di Sekinchan hanya siap 80 peratus selepas dihalang pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurutnya, perkara tersebut membuktikan kerajaan negeri hanya memberi ruang kepada kroni-kroninya sahaja untuk melaksanakan projek di negeri ini termasuk di Sekinchan yang lebih dimonopoli pihak tertentu sahaja.
"Untuk pembinaan projek Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, saya telah beberapa kali berjumpa pihak PBT, namun mereka tidak meluluskan permohonan saya pada mulanya. Selepas itu saya mengambil keputusan untuk meneruskan pembinaan sebelum mereka meluluskan pembinaan di saat-saat akhir.
"Namun, setelah pembinaanya hampir 80 peratus siap, mereka mula rasa tergugat. Kemudian mereka datang memeriksa tapak projek dan turut merampas 'Development Order' (DO). Mereka turut mengugut untuk merampas tanah milik saya, tindakan ini sekali gus menghalang beberapa projek yang kini masih dalam proses pembinaan' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Jamal, tujuan beliau membina Sekin Fisherman Village Hotel & Resort adalah baik selain mampu untuk memajukan industri pelancongan negara khususnya di Selangor. Ini juga boleh membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 200 penduduk di Sekinchan.
Katanya, Sekin Fisherman Village Hotel & Resort kini dibuka kepada orang ramai sejak beberapa bulan lalu, namun masih terdapat struktur binaan yang belum siap termasuk sebuah kolam renang yang sinonim dengan tempat peranginan.
Dalam pada itu, Jamal turut berharap masyarakat di Sekinchan dapat membuat pilihan yang tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi memastikan mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya.
"Saya lihat calon baharu Barisan Nasional (BN) di DUN Sekinchan, Kek Seng Hoi mempunyai peluang cerah untuk menang, selain faktor anak jati beliau juga merupakan ketua sidang yang begitu rapat dengan penduduk setempat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan