26 April 2013

Pas cuba alih fokus video seks

KUALA TERENGGANU 24 April - Penolong Setiausaha Agung Pas, Dr. Syed Ahmad Azman Syed Nawawi berkata, Pas menyerahkan kepada kebijaksanaan polis untuk mengambil tindakan segera ke atas mana-mana parti politik yang terbabit menayangkan video seks yang memaparkan pelakunya mirip pemimpin kanan parti itu.
Katanya, pihak polis sewajarnya bertindak dengan cukup bijaksana, terbaik dan rasional berkaitan kes berkenaan dan sekiranya wujud unsur-unsur lucah, seks atau sebagainya yang berkaitan peraturan dan undang-undang, tindakan segera perlu diambil.
“Kita minta polis bertindak secara baik dan rasional, kalau ada unsur-unsur lucah, seks dan sebagainya dengan peraturan dan undang-undang, biarlah pihak polis ambil tindakan segera," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu di Jalan Sultan Omar di sini
hari ini.

Tiada ulasan: