ORANG ramai berebut-rebut untuk
bersalaman dengan Dr. Mahathir Mohamad yang hadir ke Majlis Himpunan
Rakyat bersama Negarawan di Padang Terap hari ini. - UTUSAN/SAFRIZAL
AZMI
*****
Dr. Mahathir berkata, beliau mengenali Azizan sebagai seorang yang baik dan beliau boleh berkata apa sahaja yang disukai.
"Dia orang baik...dia nak kata apa pun tak pa, saya maafkan dia.
"Saya biasa orang kata macam-macam, ada yang tuduh firaun pun dulu," katanya pada Himpunan Rakyat Bersama Negarawan di pekan Padang Terap di sini hari ini.
Semalam, Azizan menuduh Mahathir mahu mewujudkan legasi Mahathirisme dan 'kerajaan Mahathir' apabila meletakan Datuk Mukhriz Tun Mahathir bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan