ZAINAL Abidin Osman (tiga kanan)
bersama Mahmud Zakaria (kanan) beramah mesra dengan orang ramai selepas
menyampaikan ceramah kelompok di Tanjung Berembang, Nibong Tebal, Pulau
Pinang malam tadi. - UTUSAN
*****
Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Menurut Zainal Abidin, beliau mendengar banyak cerita daripada penduduk di situ mengenai perkara tersebut.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengundi di kawasan berkenaan supaya membuat pilihan yang tepat semasa hari pengundian nanti.
"Adakah kita nak beri peluang kepada orang luar yang tidak mahir dengan jalan-jalan di sini sehingga selalu sesat ketika berkempen?
"Kita kena buktikan pada 5 Mei ini bahawa kita berikan kemenangan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kawasan ini," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Tanjung Berembang di sini malam tadi.
Zainal Abidin yang merupakan calon BN yang bakal ditentang Mansor itu berkata, banyak program pembangunan sedang dirancang oleh Kerajaan Pusat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di situ.
Sehubungan itu jelasnya, beliau berharap pengundi dapat memberikannya peluang untuk meneruskan program-program pembangunan yang terhenti sejak 2008 iaitu selepas pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri ini. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan