TAMRIN Ghafar ketika menyampaikan
ceramah di hadapan kira-kira 50 penyokong tegar Pas di Gua Kerbau, Kota
Siputeh, Jerlun malam tadi. - UTUSAN
*****
Kehadiran Tamrin Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ternyata gagal menarik minat para penduduk di kawasan berkenaan untuk mendengar ceramah tersebut.
Dianggarkan sekitar 20 orang penyokong tegar parti itu berada di bawah khemah tempat Thamrin menyampaikan ceramah manakala selebihnya berada di dalam dan tepi sebuah bangunan tidak jauh dari kawasan tersebut.
Walaupun tidak ramai yang hadir, Tamrin tetap menggunakan peluang itu untuk membuat tohmahan terhadap Barisan Nasional (BN) termasuk menuduh Tun Dr. Mahathir Mohamad membunuh perjuangan asal UMNO sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1981.
Katanya, UMNO sebelum kepemimpinan Dr. Mahathir yang bergerak ikhlas membangunkan negara telah dikuburkan dan diganti dengan UMNO baharu yang lari daripada perjuangan asal apabila pemimpinnya mementingkan kebendaan.
Dia yang memperoleh pelbagai nikmat dan keistimewaan sepanjang penglibatan dalam UMNO mendakwa kononnya atas sebab itu dia mengambil keputusan meninggalkan parti dan menyertai Pas.
"UMNO lama telah dibunuh oleh seorang yang bernama Tun Dr. Mahatahir. UMNO ini lari daripada perjuangan asal apabila Dr. Mahathir mengambil alih," katanya tanpa memaklumkan bahawa bapanya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika zaman kepimpinan Dr. Mahathir. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan