26 April 2013

Islam bukan slogan semata-mata - Dr. Juanda

PAGOH 24 April - Kesungguhan melaksanakan tuntutan Allah dan memperjuangkan Islam bukanlah slogan semata-mata, bukan juga sekadar menyebut perubahan tanpa memahami konsep 'ubah' di dalam Islam.
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya (gambar) berkata, adalah mudah untuk mana-mana pihak mendakwa memperjuangkan Islam dan mahu mengubah kerajaan yang kononnya tidak Islam tetapi pada masa yang sama mereka melihat Islam itu dari sudut yang sempit.
"Disebut dalam al-Quran, Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Ubah diri kita dulu, ubah masyarakat kita dulu, rumah tangga kita dulu... Ini masalah 'ubah' dia (adalah) gila kuasa, senang cerita. Dia tak nak orang lain duduk situ, dia yang nak duduk situ.
"Dia kata orang tak bagi manfaat pada dia sedangkan dia yang dapat banyak, kritik BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) kata membazir, jadi bangkrap, rasuah tetapi berbaris paling depan siapa? Apakah orang ini ada akhlak sebagai Islam? Orang yang tidak berterima kasih pada manusia, tidak berterima kasih juga pada Allah," katanya ketika berceramah di Kampung Parit Tengah, Sungai Terap, di sini malam tadi.
Juanda berkata, ketika berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), ada pihak membawa slogan yang disifatkan cukup cantik iaitu 'ubah' tetapi mereka sendiri tidak memahaminya malah turut mempersoalkan apa yang sebenarnya dimahukan golongan berkenaan.
"Apa maksud ubah, kita nak ubah atau tidak, nak berubah tak manusia jadi beruk? Ada tak nak berubah macam tu, aman kepada serba menakutkan, huru-hara, nak ke tidak? Kalau nak ubah ke arah itu persilakan, sebab nak pulih keamanan bukan perkara mudah," katanya.
Beliau menjelaskan, dakwaan perubahan perlu dilakukan kerana kerajaan tidak melaksanakan undang-undang Allah adalah tidak benar kerana banyak perkara asasi termasuk soal akidah perlu dijaga rapi terlebih dahulu.

Tiada ulasan: