25 April 2013

PRU-13: Hudud Pas hanya gimik pilihan raya - Najib

KENINGAU 24 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Pas membangkitkan semula pelaksanaan hukum hudud semata-mata hanya gimik pilihan raya.
Beliau berkata, dalam manifesto pakatan pembangkang jelas sekali soal hukum hudud tidak disentuh malah, DAP tidak pernah sama sekali bersetuju dengan perkara itu.
"Masa dekat pilihan raya ini kenapa bangkit lagi soal itu tetapi kita tahu ini semata-mata gimik pilihan raya," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Bersama Rakyat di padang Kompleks Sukan Keningau di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: