S. MURUGESAN (tengah) bersama Mohd.
Abdul Raof Mokhtar (lima dari kiri) dan T. Mohan (tiga dari kanan)
bergambar bersama ahli Pemuda UMNO Cawangan Sungai Kandis pada majlis
pelancaran replika pelbagai objek bersaiz besar di Klang hari ini. -
UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH
*****
Kesemua replika gergasi itu dibina secara gotong-royong selama empat hari menggunakan barang terpakai termasuk buluh, dawai, tali dan lebih 100 helai kain bendera BN.
Menurut ketua kumpulan tersebut, Hidayat Mohd. Yusof, 35, pembinaan kesemua replika gergasi itu juga sebagai tanda terima kasih dan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas komitmennya terhadap rakyat Selangor.
Beliau berkata, replika tersebut juga akan menjadi trade mark BN Kota Raja dan Kampung Sungai Kandis sempena demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Kami habiskan masa hampir 24 jam setiap hari untuk siapkan replika gergasi ini dan setiap replika mempunyai maksud yang tersendiri.
"Wau kapal tanda semangat perpaduan semua parti dalam BN, kapal layar ialah haluan BN yang sedang menuju kejayaan, jet pula ialah semangat BN yang tinggi untuk menawan Selangor, kereta kebal pula ialah lambang kekuatan jentera BN dan menara KLCC ialah simbolik ke arah kejayaan BN dalam PRU-13 ini," katanya.
Beliau ditemui selepas pelancaran replika gergasi tersebut yang disempurnakan bersama oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Kamaruzzaman Johari dan calon-calon yang bertanding atas tiket BN di kawasan Parlimen Kota Raja.
Mereka ialah calon Parlimen Kota Raja, S. Murugesan; calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda, Mohd. Abdul Raof Mokhtar; dan calon DUN Seri Andalas, T. Mohan. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan