26 April 2013

PRU13: Transformasi Nasional jauh lebih baik daripada reformasi - PM

KUALA KANGSAR: Datuk Seri Najib Razak berkata Dasar Transformasi Nasional yang diperkenal kerajaan Barisan Nasional (BN) jauh lebih baik daripada `laungan reformasi' dan demonstrasi yang dibawa pembangkang.

Perdana menteri berkata dalam tempoh empat tahun lalu, kerajaan BN membawa banyak perubahan kepada negara dan kesejahteraan untuk rakyat menerusi pelbagai bantuan dan inisiatif.
Beliau berkata antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menguntungkan rakyat, malah dasar yang dilaksanakan kerajaan telah meyakinkan mereka, pelabur asing dan negara lain.

"Rakyat sudah dapat lihat bahawa hari ini lebih baik daripada semalam. Hari esok, dan hari mendatang akan lebih bersinar daripada hari ini kerana transformasi (nasional) berjalan lebih baik dan berkesan.

"Sebab itu laungan reformasi (pada masa kini) orang sudah tidak heran . Demonstrasi, reformasi dan baling kerusi serta laungan reformasi Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun orang tak sambut," katanya ketika berucap kepada lebih 5,000 orang semasa Perhimpunan Rakyat 1Malaysia kawasan Parlimen Kuala Kangsar di sini hari ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRU13_TransformasiNasionaljauhlebihbaikdaripadareformasi-PM/Article/ | 26/4/13

Tiada ulasan: