TUANKU Syed Faizuddin Putra
Jamalullail berkenan menyampaikan mempelam Harumanis kepada Imam Masjid
Nabawi Madinah, Ash-Shaikh Solah Al-Budair (kiri) selepas mengadakan
sesi ceramah agama di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis, Kangar,
malam semalam. Turut serta Juanda Jaya (dua, kiri) dan Fathul Bari Mat
Jahaya (kanan). - BERNAMA
*****
Sesi ceramah lebih sejam selepas solat Maghrib itu diterjemahkan oleh imam masjid berkenaan, Mohammad Dhiya'al Hafidh Fatah Yasin.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan berangkat mendengar ceramah tersebut.
Baginda kemudiannya mengurniakan cenderamata berupa buah mempelam Harumanis kepada Imam Masjid Nabawi Madinah dan ahli rombongan berkenaan di akhir majlis.
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sanglang, Dr. Fathul Bari Mat Jahaya turut hadir.
Selain itu, penyumbang utama kepada pembinaan masjid terapung tersebut, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf hadir sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan