NAJIB Razak disambut hampir 30,000
penduduk Baling ketika beliau hadir pada Majlis Perjumpaan Rakyat
Parlimen Baling bersama Perdana Menteri di Padang KEDA, Kupang, Baling
hari ini. - UTUSAN
*****
Itu antara aku janji tambahan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kira-kira 30,000 rakyat Baling yang menyambut kedatangan beliau di Padang Awam Kupang, dekat sini hari ini.
"Saya memahami keperluan penduduk Baling yang memerlukan kemudahan perubatan lebih baik. Oleh itu, kita jadikan ini sebagai satu aku janji, kita akan bina sebuah Hospital Pakar di Baling sekiranya BN menang dalam PRU-13 ini,'' katanya disambut tepukan gemuruh daripada rakyat jelata yang hadir.
Yang hadir bersama ialah calon-calon BN, Datuk Abd. Azeez Abd. Rahim (Parlimen Baling), Datuk Azmi Che Hussain (DUN Bayu), Haron Abd. Aziz (DUN Kupang) dan Khairul Azhar Abdullah (DUN Kuala Ketil).
Turut serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah.
Bagi pembangunan masyarakat Islam, Najib turut mengumumkan pembinaan sebuah Masjid Daerah Baling. Belaiu bagaimanapun tidak menyatakan jumlahnya.
"Baling belum ada masjid daerah yang besar. Jadi saya nak hadiahkan satu Masjid Daerah. Saya tahu hajat tuan-tuan dan puan-puan untuk mendapatkan masjid ini sudah lama dan hari ini saya berikan jaminan ia akan tunaikan,'' katanya.
Daerah Baling kini hanya mempunyai sebuah hospital bertaraf daerah dan masih kekurangan tenaga doktor pakar. Ekoran masalah tersebut, penduduk terpaksa berulang-alik ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar serta Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lengkap. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan