KUALA TERENGGANU 26 Jun - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Dr. A. Rahman
Mokhtar (gambar) meninggal dunia setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira seminggu lalu akibat
komplikasi paru-paru berair.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut
dilaporkan stabil semalam bagaimanapun menghembuskan nafas terakhirnya
kira-kira 10.18 pagi ICU HSNZ dan jenazahnya dijangka dikebumikan di
Kuala Besut petang ini.
Beliau meninggalkan balu, Azizah N. Omar dan empat orang anak, Mohd. Zaihan, Mohd. Razhan, Mohd. Zaffuan dan Nurul Najihah.
A. Rahman yang dilahirkan 22 Mac 1958 di Kampung Pulau Perhentian,
Besut merupakan pemegang ijazah kedoktoran Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) yang kemudian menyambung pelajaran ke Kolej Kesihatan
Umum Universiti Of Philippines di Manila dan telah dilantik menjadi
Exco kerajaan negeri sejak 2008. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan