SIDANG Parlimen akan bermula 26 Jun ini. Ia merupakan sidang pertama selepas PRU-13 lebih sebulan lalu.
Berbagai-bagai jenis Ahli Yang Berhormat (YB) telah dipilih oleh
rakyat. Ada yang menang mudah ada yang menang tipis. Di Malaysia, calon
yang tak boleh bercakap bahasa Melayu pun boleh menang dan dipilih
sebagai YB.
Bahasa Melayu bukan prasyarat kelayakan menjadi calon. Maka itu dalam
sidang Parlimen lepas, ada calon yang nak cakap Melayu pun tersasul dan
terpelat-pelat bahasa pasar seperti YB Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh
Gwo Burne.
Dalam Parlimen Malaysia, bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu.
Kalau nak guna bahasa Inggeris pun kena mohon dengan izin daripada
Speaker dewan.
Maka itu semasa Dong Zong, sebuah pertubuhan cauvanis mempersoalkan
kefasihan bahasa Cina dua orang menteri keturunan Cina yang dilantik
dalam Kabinet baru-baru ini, maka kita akan saksikan berapa ramai pula
YB-YB yang boleh berbahasa Melayu dengan fasih?
Kita persetankan apa niat Dong Zong mempersoalkan kefasihan bahasa Cina dua menteri itu.
Tetapi, kita tunggu dan saksikan adakah Parlimen kita akan menjadi
ala pasar borong selepas ini, atau seperti Pasar Pudu atau Pasar Chow
Kit.
Kita tengok berapa ramai YB baharu itu akan bercakap bahasa pasar dan bahasa baku serta bahasa Melayu yang betul.
Akan menjadi satu kemaluan yang besar jika YB-YB ini tidak boleh
berbahasa negara sendiri. Kita tunggu apa reaksi murid-murid sekolah
yang duduk di galeri awam menyaksikan suasana pasar Pudu" itu. Tentu
mereka terkejut.
Oleh itu marilah kita saksikan berapa ramai lagi YB-YB ala Gwo Burne dilahirkan oleh Parlimen Malaysia.
Atau Parlimen terpaksa menyediakan guru-guru khas bahasa Melayu untuk satu crash course bahasa Melayu asas 101. Aduhai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan