UM - 20/1/11
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim mempersoalkan tahap kemampuan kewangan sebenar yang dimiliki Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Zamil, tindakan Anwar yang sering ke luar negara dan tinggal di hotel-hotel mewah ketika berada di sana tidak langsung menampakkan seolah-olah beliau pernah menjalani hukuman penjara untuk tempoh yang lama.
Jelasnya, perkara itu amat bertentangan dengan keadaan sewaktu di awal penubuhan parti Keadilan apabila para pengikut Anwar termasuk dirinya melakukan pelbagai cara atas nama perjuangan sehingga seolah-olah mengemis.
"Rakan saya yang pernah berada di Jerman dan England mengatakan kehidupan Anwar sewaktu bertandang ke luar negara cukup mewah. Soalnya, siapa yang menaja semua itu?
"Dahulu, masa mula-mula menubuhkan parti Keadilan, kami seolah-olah mengemis termasuklah dengan Pas selain adakan kutipan derma melalui ceramah. Kini, apabila sudah senang, orang-orang lama ini tidak dipandang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau menambah, sekiranya kenyataan itu tidak benar, beliau mahu Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menafikannya.
"Rafizi merupakan antara individu yang pernah menyambut ketibaan Anwar di luar negara. Oleh itu, saya cabar dia buat penafian," katanya.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan