UM - 20/1/11
SHAH ALAM 19 Jan. - Pakar undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin hari ini membuat penjelasan berhubung laporan di dalam Utusan Malaysia yang bertajuk Pindaan Bukan Kembali Kuasa Sultan yang diterbitkan semalam.
Kata beliau, kenyataannya dalam laporan itu dibuat berdasarkan petikan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim yang diperoleh menerusi siaran akhbar dan media massa berhubung hasrat kerajaan negeri mengembalikan semula kuasa Sultan Selangor di bawah perlembagaan negeri sebelum pindaan 1993.
Bagaimanapun katanya, petikan "baginda perlu nasihat Menteri Besar" dalam laporan itu tidak tepat, sebaliknya beliau menyebut "baginda perlu mendapatkan nasihat Menteri Besar".
Salehuddin turut menyatakan bahawa petikan ayat 'Ketua Eksekutif Negeri' juga tidak tepat kerana beliau menyebut "Kuasa Eksekutif Negeri' yang merujuk kedudukan Sultan Selangor di bawah perlembagaan negeri.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan