20 Januari 2011

Noh Omar minta rakyat tidak terkeliru khabar angin

UM - 20/1/11

PUTRAJAYA 19 Jan. - Rakyat Selangor dinasihatkan agar tidak salah faham mengenai perisytiharan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 24 Januari ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, Sultan Selangor hanya memberi perkenan untuk mengadakan sidang DUN dan bukannya meluluskan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Ada khabar angin mengatakan Sultan Selangor meluluskan pindaan tersebut, walhal perkara tersebut tidak sahih kerana sidang DUN belum lagi berlangsung.

“Justeru, kita tidak mahu rakyat Selangor terkeliru dengan khabar angin tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran dan Penyerahan Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walit Negara di Kementeriannya hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin.

Menurut Noh, pada sidang DUN tersebut kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akan hadir dan akan menjawab segala hujah untuk mempersoalkan kewajaran pindaan tersebut.

/hwa: utusan.com.my/

Tiada ulasan: