KUALA LUMPUR 21 Feb. — Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan
raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan
berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
hari ini.
Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.
Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.
Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah
menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara
berkebajikan.
“Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang
menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,”
kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.
Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan
Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. —
BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 22/2/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan