KUALA LUMPUR 13 Feb. – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya memberi amaran
kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh agar tidak mempertikaikan syariat
Islam berhubung sambutan Hari Kekasih.
Beliau menegaskan, Karpal bukan ulama Islam dan sama sekali tidak boleh mempertikaikan syariat yang dilaksanakan oleh Islam.
Beliau turut menggesa pihak- pihak yang bersahabat dengan Karpal
terutama Pas supaya menilai kembali persahabatan dan ‘kemesraan’ yang
terjalin antara mereka.
‘‘Dahulu mereka (Pas) kata Karpal telah berubah dan mulai memahami
Islam namun kita lihat hari ini dia semakin keras terhadap Islam.’’
‘‘Kenapa dia hendak mengajar orang Islam bagaimana hendak
melaksanakan syariat Islam. Dia mungkin hebat dalam undang-undang tetapi
dia bukan ulama Islam,’’ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.
Karpal berkata, pendirian tersebut bertentangan dengan hak asasi dan
prinsip kebebasan yang diamalkan oleh negara demokrasi seperti
Malaysia.
Sementara itu, Juanda turut mempertikaikan sikap sesetengah pihak
dalam Pas yang tunduk terhadap Karpal dalam isu-isu yang membabitkan
Islam.
‘‘Sampai bila hendak tunduk sahaja dengan nasihat agama daripada Karpal,’’ katanya.
/hwa: utusan.com.my | 14/2/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan