ADALAH sangat merendahkan taraf pemikiran pemimpin-pemimpin dan
ahli-ahli Pas jika kita mengatakan mereka tidak mempercayai tentang
keperibadian tersembunyi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim tetapi mereka perlu bersabar menyembunyikan
kepercayaan itu demi untuk Pas sampai ke Putrajaya.
Masakan mereka terlalu bodoh untuk memikirkan kenapa Anwar tidak
mengambil tindakan menyaman malu orang yang mendedahkan keburukannya
sedang mereka membuat cabaran kepada beliau secara terbuka dan
bertalu-talu.
Orang Pas sering mempertahankan Anwar dengan alasan pemimpin-pemimpin UMNO juga mempunyai masalah kelemahan moral.
Tetapi mereka terlupa hakikat bahawa kebanyakan pemimpin UMNO yang
terlibat tidak memprojekkan diri sebagai seorang pejuang Islam yang
suci, berkhutbah Jumaat atau memberikan syarahan yang menggambarkan diri
sebagai pemimpin besar Islam.
Pemimpin utama UMNO seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah
menjadi contoh seorang pemimpin Islam yang amat bertolak ansur kepada
kelemahan manusia dan mengakui amalan-amalannya yang tidak dianggap baik
oleh orang Islam termasuk yang dikutuk oleh Pas.
Sesuai dengan pemodenan dan peredaran zaman, Menteri Besar dan
Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah beralih menunjukkan toleransi
yang lebih liberal.
Bagaimanapun kesabaran ahli-ahli Pas lain pula iaitu mereka bersabar
kerana bergantung kepada Anwar untuk sampai ke Putrajaya dengan
keyakinan bahawa semua dasar Pas dapat dipulihkan apabila Pas berkongsi
kuasa kerajaan pusat dengan DAP dan PKR kelak kerana akan mempunyai
'Bargaining Power'.
Bagaimanapun seorang yang cerdik tidak dapat melihat logik hal ini
akan berlaku kerana dalam keadaan sekarang pun Pas telah banyak bertolak
ansur mengenai prinsip Islamnya.
Maka apatah lagi setelah berkuasa, tentunya nafsu untuk menikmati
kedudukan dan kuasa akan mengatasi prinsip. DAP dan PKR telah pun
memahami kelemahan Pas.
Pas juga amat toleransi kepada pendirian Anwar menyokong kewujudan
negara Israel kerana semakin kuat bantahan disuarakan oleh rakyat negara
ini maka semakin popular Anwar di kalangan masyarakat Yahudi dan
Amerika Syarikat serta akan semakin banyak peruntukan yang akan dapat
dikongsi bersama oleh Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
/hwa: utusan.com.my | 13/2/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan