KOTA BHARU 31 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dilihat terus memperalatkan ahli dan penyokong Pas di Kelantan bagi
mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya
pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Tindakan itu dapat dilihat apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR) tersebut mahu rakyat Kelantan memastikan pembangkang menyapu
bersih kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang
bagi menjamin kemenangan, sekali gus impiannya untuk menjadi Perdana
Menteri tercapai.
Dalam ceramah perdana dan solat hajat bertema Putrajaya bermula di sini
di Padang Perdana dekat sini malam tadi, Ahli Parlimen Permatang Pauh
itu sekali lagi menabur pelbagai janji manis termasuk menghapuskan tol,
menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan pendidikan percuma untuk
golongan miskin jika pembangkang memerintah.
Ceramah itu turut dihadiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Timbalan Pengerusi
DAP, Dr. Tan Seng Giaw.
Ceramah itu juga mencipta sejarah apabila buat kali pertama dalam
tempoh lebih 20 tahun pemerintahan Pas, bendera DAP, parti yang
menentang pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam Pas, berkibar megah
sebaris dengan bendera Pas dan PKR sekitar Jalan Mahmood di sini.
Dalam ceramah itu juga, Anwar seperti selalu kerap menghentam
kerajaan, pada masa sama mengagung-agungkan kerajaan Turki pimpinan
Perdana Menteri, Recep Thayyib Erdogan yang disifatkannya 'kawan kita'
kerana didakwa mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya
walaupun tidak mempunyai hasil berbilion ringgit daripada minyak.
/HWA: utusan.com.my | 2/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan